PENGENALAN
Nilai merupakan suatu elemen yang menjadi pegangan masyarakat dalam menentukan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk, betul atau salah dan perlu atau tidak perlu. Nilai-nilai yang dipegang dalam masyarakat juga mempengaruhi perhubungan dan perlakuan setiap ahlinya. Masyarakat berkongsi nilai-nilai yang baik sehingga mewujudkan perpaduan. Apabila perpaduan dibentuk, maka pelbagai nilai-nilai seperti kerjasama, amanah,tanggungjawab, hormat-menghormati dapat dikekalkan dan dipertahankan. Seterusnya, elemen patriotisme dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat agar kemerdekaan negara tidak terlerai oleh jajahan moden pihak kuasa asing. Oleh itu, masyarakat perlu memahami konsep patriotisme dan nilai-nilai perpaduan untuk mengekalkan keharmonian di negara ini.
PENGENALAN TAJUK
Pendahuluan
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menyaksikan 60 tahun negara kita sudah merdeka dan merupakan salah sebuah negara sedang membangun dan yang paling pesat membangun. Kesemua usaha ini datangnya dari segenap lapisan rakyat sama ada pemimpin mahu pun rakyat jelata yang menyumbang keringat dalam usaha untuk menjadikan bumi bertuah ini sebagai sebuah negara yang disegani setelah meniti suatu tempoh penjajahan yang cukup lama iaitu selama 446 tahun. Jika ditelusuri alur-alur kemerdekaan negara kita dapat mengimbau kembali peristiwa pahit 13 Mei 1969 yang menggegarkan negara pada ketika itu.
Peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara telah menyedarkan kita betapa pentingnya perpaduan dan keharmonian kaum dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, kefahaman tentang sejarah negara amat penting untuk membolehkan kita memahami keadaan masa kini bagi menyusun perancangan dimasa hadapan. Bertitik tolak daripada peristiwa itu telah menzahirkan satu ideologi kebangsaan yang dinamakan sebagai Rukun Negara. Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan telah digubal oleh Majlis Perundingan Negara. Oleh itu,
Rukun Negara disifatkan sebagai ideologi kebangsaan yang difikirkan boleh mengeratkan perpaduan kaum memandangkan masyarakat akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama. Kemapanan fikiran membawa kita merungkai dan menginterpretasikan peranan Rukun Negara ke arah membina Malaysia yang harmoni dan progresif. Jelaslah, masyarakat konvensional haruslah membuat anjakan paradigma untuk memperkasakasan peranan Rukun Negara ke arah membina negara Malaysia yang harmoni dan progresif.
CONTOH GAMBAR/VIDEO/ANIMASI
Peranan Rukun Negara Dalam Membentuk Masyarakat Harmoni
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kepercayaan kepada tuhan merupakan nilai yang sangat penting dalam pembinaan perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia. Kepercayaan kepada tuhan mampu menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajar dalam agama. Selain itu, masyarakat malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum.Contohnya, islam agama rasmi dalam malaysia. Agama menjadi pegangan paling utama dalam rakyat Malaysia. Seterusnya, setiap rakyat harus menghormati amalan keagaman masyarakat lain. Bahkan, pegangan ini mendorong manusia bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab, sentiasa menjaga keharmonian dan keamanan serta menjauhi perkara-perkara yang boleh mengundang kepada perpecahan dan perbalahan.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Kesetiaan kepada pemimpin merupakan nilai asas dalam membentuk keharmonian dan keamanan. Seseorang yang taat kepada pemimpin akan patuh kepada arahan daripada ketuanya.Mereka yang setia kepada pemimpin sahaja yang sanggup berkorban diri dan harta benda demi mempertahankan negaranya. Contohnya, rakyat perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada pemerintah supaya tidak berlaku perbalahan, demostrasi, kehancuran dan huru-hara. selain itu, rakyat yang setia akan bersatu antara satu sama lain untuk memajukan negara sekali gus menjamin keharmonian seluruh masyarakat.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Kita haruslah patuh kepada undang-undang negara. Undang-undang ialah peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia. Mesej utama undang-undang digubal adalah untuk menjamin keadilan dan memastikan semua orang mendapat hak masing-masing. Undang-undang adalah faedah kepada rakyat untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan keharmonian negara. Contohnya, tanpa undang-undang dan peraturan, rakyat sesebuah negara akan hidup dalam keadaan kucar-kucir, tidak aman dan tenteram. Hal ini kerana, tiada garis panduan yang ditetapkan dalam menentukan kelakuan dan perbuatan mereka. Oleh itu, patuh kepada undang-undang ialah nilai yang mampu memberikan kehidupan yang harmoni dalam sesebuah negara.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Budi bahasa bermaksud budi bahasa yang baik merangkumi pekerti, akhlak, watak dan tingkah laku yang baik, sopan dan sebagainya. Amalan ini amat penting terutamanya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Tujuan amalan berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, makmur, kerjasama, kasih sayang dan sejahtera. Antara ciri orang yang berbudi pekerti ialah menjaga kebersihan, bercakap sopan, menghormati orang tua, ramah mesra, merendah diri dan tidak mementingkan kepentingan peribadi semata-mata.
Contohnya, perbuatan yang tidak berbudi bahasa adalah seperti memotong barisan, merokok di kawasan larangan merokok, bercakap kasar, tidak meminta maaf apabila melakukan kesalahan dan sebagainya. Perkara mudah dan senang untuk diamalkan bagi menunjukkan budi bahasa adalah dengan memberikan senyuman dan mengucapkan terima kasih.
CONTOH VIDEO
Kesimpulan
Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curigamencurigai antara satu sama lain.
Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ,ekonomi mengelkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ,ekonomi mengelkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
PEGAJARAN DARIPADA TOPIK
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan menghayati semangat patriotisme, Rukun Negara dan nilai-nilai perpaduan. Melalui penghayatan tentang semangat patriotisme, prinsip Rukun Negara serta nilai-nilai perpaduan, negara akan mempunyai rakyat yang kukuh jati diri dan mampu menjamin kemakmuran dan keamanan negara. Rakyat perlu berpegang teguh dan mengamalkan prinsip rukun negara supaya memperoleh kehidupan yang bersatu padu, hormat-menghormati antara satu sama lain dan setia kepada negara.
Sejarah membuktikan bahawa perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara yang pelbagai kaum kerana perpaduan manjadi asas kepada keamanan negara. Negara yang aman membolehkan kerajaan melaksanakan pembangunan yang boleh memberi keuntungan kepada rakyat.
DUB 2012 NILAI MASYARAKAT
NAMA PENSYARAH : PUAN FADZILAH BINTI ABDUL RAHMAN
DISEDIAKAN OLEH : RAJESWARY A/P RAVICHANDRAN
16DPM15F2044
VETHARUPBINI A/P KANAPATY
16DPM15F2043
Keluhuran perlembagaan mana?
ReplyDelete